Page 12 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 12
PERKARA 12: PENGURUSAN DAN JAWATANKUASA DI PUSAT
PEMINDAHAN
12.1 Pusat Pemindahan hendaklah diuruskan dengan penglibatan optimum
komuniti setempat.
12.2 JKMNS boleh bertindak selaku penyelaras bagi keperluan dan pengurusan
bantuan di pusat pemindahan.
12.3 Bagi memastikan Pusat Pemindahan diuruskan dengan cekap dan
berkesan, Residen boleh melantik mana-mana individu atau agensi
kerajaan seperti JPAM atau Ketua Masyarakat/ Kaum, JKKK atau jika di
sekolah mungkin Pengetua atau Guru Besar atau selainnya untuk menjadi
Ketua di Pusat Pemindahan mengikut mana yang bersesuaian.
12.4 Ketua Pusat Pemindahan adalah bertanggungjawab bagi:
12.4.1 Menyelaras semua Jawatankuasa di Pusat Pemindahan;
12.4.2 Menyelaras semua keperluan di Pusat Pemindahan;
12.4.3 Memberi taklimat/ penerangan kepada:-
i) ahli Jawatankuasa dan komuniti setempat
ii) mangsa bencana
iii) Orang Kenamaan yang berkunjung di Pusat Pemindahan
12.4.4 Melaporkan stastistik dan status terkini keadaan di Pusat
Pemindahan kepada JPPB, JPPD dan PKMB bila diperlukan.
12.5 Sebagai tambahan kepada Sub Perkara 12.3, mana-mana pihak termasuk
agensi kerajaan yang tiba terlebih dahulu dan telah memainkan peranan
utama di Pusat Pemindahan boleh terus memainkan peranan berkenaan
sehingga Ketua Pusat Pemindahan dan Jawatankuasa yang dilantik dapat
memainkan peranan mereka.
12