Page 41 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 41
BAB G
PERINGKAT SELEPAS BENCANA
(PEMULIHAN/ PASCA BENCANA)


PERKARA 40: KEMASKINI REKOD DAN BANTUAN PEMULIHAN


40.1 PKMB perlu mengemaskini, menyemak dan memuktamadkan senarai

nama mangsa bencana yang dibantu Jabatan sama ada berpindah ke

Pusat Pemindahan atau tidak dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh
berakhirnya bencana.



40.2 PKMB hendaklah menyerahkan senarai nama mangsa bencana banjir atau

bencana besar lain atau sebagaimana yang diperlukan kepada Pejabat
Daerah untuk disahkan oleh Residen yang seterusnya disalurkan kepada

MKN bagi tujuan Bantuan Wang Ehsan atau bantuan lain jika berkenaan..




PERKARA 41: MESYUARAT POST MORTEM



41.1 PKMB perlu membuat Mesyuarat Post Mortem selewat-lewatnya dua
minggu selepas kejadian bencana banjir atau bencana yang besar berakhir

bagi penilaian dan penambahbaikan.


41.2 Laporan Post Mortem hendaklah dikemukakan kepada Pengarah JKMNS

untuk penilaian dan penambahbaikan.



41.3 JKMNS pula perlu membuat Mesyuarat Post Mortem dalam tempoh 1 bulan
selepas bencana banjir atau bencana besar berakhir.







41
   36   37   38   39   40   41   42