Page 37 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 37
37.4 Tanggungjawab Pegawai Bertugas di Bilik Operasi adalah seperti berikut:-

37.4.1 Menerima, membuat kompilasi, meneliti dan menyemak laporan
bencana yang diterima dari Bilik Gerakan PKMB.



37.4.2 Menghantar Laporan Bencana ke Bilik Gerakan MKN, UKN dan

KKWPK secara berkala setiap jam 0800hrs, 1200hrs, 1600hrs dan
2000hrs atau sebagaimana masa yang diperlukan.



37.4.3 Memantau dan menyelaras keperluan operasi Bencana Negeri dan
memberi nasihat di mana memerlukan.



37.4.4 Memaklumkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Operasi jika ada
sebarang isu yang timbul.



37.4.5 Menyelaras keperluan petugas dan sukarelawan tambahan dari

Bahagian lain atau Ibu Pejabat bagi membuat operasi di Bahagian
atau Daerah yang memerlukan.



37.4.5 Menyelaras keperluan pengangkutan udara seperti helikopter atau

selainnya dengan MKN apabila diperlukan khasnya apabila
keadaan menjadi kritikal.



37.5 Keperluan atau peralatan yang perlu ada di Bilik Gerakan Bencana Negeri
adalah:

37.5.1 Direktori nombor telefon MKN, UKN,Pejabat Residen/ Daerah

PKMB dan Kakitangan JKMNS dan lain-lain
37.5.2 Peta Sarawak/ Bahagian dan Daerah

37.5.3 Senarai Pembekal, Pusat Pemindahan dan Pangkalan Hadapan

37.5.4 Buku log

37.5.5 Borang-borang Bencana

37
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42