Page 39 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 39
38.4 Tanggungjawab Pegawai Bertugas di Bilik Operasi Bencana Bahagian
adalah seperti berikut:



38.4.1 Menerima aduan/maklumat bencana dan mendapatkan butiran

bencanadaripada pengadu dan merekodkan di dalam buku log
yang disediakan;



38.4.2 Menyalurkan maklumat bencana kepada Pasukan Petugas bagi
persediaan danoperasi bantuan;



38.4.3 Menyalurkan maklumat bencana ke Bilik Gerakan Pejabat
Residen/ Daerah bagi rekod dan penyelarasan;



38.4.4 Menyelaras atau mengurus pesanan barangan bantuan dimana

memerlukan;


38.4.5 Menerima, memeriksa dan menyimpan barangan bantuan yang

perlu disimpan sementara di Bilik Gerakan atau stor atau tempat

penyimpanan barangan bantuan;


38.4.6 Menyelaras keperluan pengangkutan dengan Pejabat Residen/

Daerah atau Jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi
penghantaran bekalan barangan bantuan.



38.4.7 Menerima laporan kedudukan di Pusat Pemindahan secara
berkala dari Petugas di Pusat Pemindahan



38.4.8 Menerima laporan kedudukan operasi di lapangan daripada

petugas di lapangan.

39
   34   35   36   37   38   39   40   41   42