Page 22 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 22
21.3.4 Memeriksa semula peralatan dan kemudahan asas bagi

memastikan ia berfungsi dengan baik, lengkap dan selamat
digunakan;



21.3.5 Memeriksa dan menyusun atur bekalan bantuan Pangkalan

Hadapan yang disimpan di Pusat Pemindahan berkenaan jika
ada; dan



21.3.6 Memainkan peranan yang telah digariskan kepada mereka.


21.4 Pusat Pemindahan hanya akan ditutup setelah mendapat arahan

Residen atau Pegawai Daerah.




PERKARA 22: PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN MANGSA


22.1 Ketua dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemindahan hendaklah memastikan

gerak kerja penerimaan mangsa bencana di pusat pemindahan dalam

keadaan teratur dan terkawal.


22.2 Mangsa-mangsa hendaklah diterima mengikut keluarga masing-masing

dan ditempatkan di ruang sementara.


22.3 Jika ada mangsa yang cedera, sakit atau berkeperluan khas seperti

Warga Emas, OKU, wanita mengandung dan bayi, hendaklah ditempatkan

terus di ruang rawatan atau ruangan khas sementara menunggu ketibaan
pihak kesihatan atau diuruskan terus ke klinik/ hospital bagi kes-kes

kecemasan.



22.4 Mengedarkan “refreshment kit”kepada mangsa.

22
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27