Page 18 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 18
17.5 PKMB hendaklah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan khasnya
Pejabat Residen/ Daerah, JKR, JPAM, ATM atau mana-mana agensi yang

dipertanggungjawabkan menyedia/menyelaras pengangkutan bagi tujuan

penghantaran bantuan kepada mangsa bencana.




PERKARA 18: BEKALAN KEPERLUAN ASAS DAN MAKANAN


18.1 PKMB hendaklah mengenalpasti, memilih dan melantik pembekal mengikut

kriteria yang ditetapkan seperti berikut:

18.1.1 Mempunyai bekalan barangan yang mencukupi;


18.1.2 Berkemampuan untuk menghantar bekalan terus ke Pusat

Pemindahan atau penempatan kawasan terlibat dengan bencana;

dan


18.1.3 Cepat dan cekap menghantar bekalan.



18.2 Setiap Bahagian juga hendaklah mengenalpasti beberapa pembekal untuk
membekal bahan mentah dan makanan bermasak (contoh: kedai makan,

restoran, katering).


18.3 Senarai/ direktori pembekal yang telah dilantik berserta maklumat

perhubungan hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa supaya

sebarang keperluan segera dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.








18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23