Page 21 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 21
BAB D

PERINGKAT SEMASA BERLAKU BENCANA
(TINDAK BALAS)


PERKARA 21: PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN PUSAT PEMINDAHAN



21.1 Pembukaan Pusat Pemindahan boleh berlaku dalam dua situasi:
21.1.1 Arahan Residen atau Pegawai Daerah selaku Pengerusi JPBB

dan JPBN berdasarkan situasi bencana; atau


21.1.2 Mangsa berpindah terlebih awal ke Pusat Pemindahan tanpa

menunggu arahan Residen atau Pegawai Daerah atas faktor

keselamatan bila berlaku sesuatu bencana.


21.2 Ketua Pusat Pemindahan atau agensi yang tiba lebih awal, perlu

mengerakkan semua Ahli Jawatankuasa, petugas dan sukarelawan untuk

menjalankan tugas-tugas di pusat pemindahan selepas arahan pembukaan
pusat pemindahan diterima.



21.3 Jawatankuasa Pusat pemindahan perlu mengambil tindakan berikut:

21.3.1 Menetapkan dan menyusun atur ruang untuk kegunaan seperti
Pecahan Sub Perkara 11.9.1 – 11.9.9 di mana bersesuaian;



21.3.2 Menyediakan kaunter pendaftaran dan kaunter keperluan khas;


21.3.3 Meletakkan papan tanda dan tanda arah bersesuaian di dalam

atau di luar Pusat Pemindahan;








21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26