Page 16 - content_2010
P. 16
Laporan Tahunan
2 0 I 0 Suruhanjaya perkhidmatan awam negeri Sarawak











4.1.2 Menamatkan pelantikan perkhidmatan mana-mana pegawai yang
dilantik di atas yang masih di dalam tempoh percubaan;

4.1.3 Melanjutkan tempoh percubaan pegawai yang dilantik selama mana
perlanjutan tempoh tersebut tidak melebihi tempoh yang disyaratkan
dalam Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996 (Swk. L.N.1/96);
dan

4.1.4 Melantik dan menamatkan pelantikan memangku atau menjalankan
tugas mana-mana pegawai di dalam perkhidmatan awam negeri di
jabatan masing-masing (kecuali jawatan Timbalan Pengarah), sama ada
atau tidak menjalankan tugas jawatan hakiki pegawai tersebut, tetapi
tidak melebihi 180 hari bekerja kecuali setelah mendapat kelulusan
SPANS.



4.2 PERWAKILAN KUASA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

4.2.1 Mengesahkan pelantikan mana-mana jawatan pegawai Gred 27 dan ke
atas [selain daripada jawatan yang dilantik di bawah Artikel 11 atau
yang dilantik di bawah Artikel 36(4), Perlembagaan Negeri Sarawak];
dan

4.2.2 Menukar mana-mana pegawai awam negeri dari satu kementerian atau
jabatan ke kementerian atau jabatan yang lain atau sebaliknya, tanpa
melibatkan penurunan pangkat.


5. PENUTUP


Tahun 2010 telah membawa SPANS dalam penggunaan bidang teknologi maklumat
dengan pesatnya melalui sistem e-Recruitment bagi urusan pengambilan. Permohonan
untuk mengisi jawatan-jawatan kosong boleh dibuat secara talian terus. Di samping
itu, calon-calon boleh mengetahui kedudukan permohonan mereka sama ada telah
didaftar, telah ditapis, tarikh dan tempat temuduga dengan melayari laman web SPANS
http://erecruitment.sarawak.gov.my atau http://www.psc.sarawak.gov.my. Sepanjang
tahun 2010, seramai 35,504 orang pemohon baru telah berdaftar dengan sistem
e-Recruitment dan jumlah pemohon yang berdaftar setakat 31 Disember 2010 adalah
seramai 177,900 orang.


Pada tahun 2010 juga, SPANS telah memperkenalkan ‘mobile government features’
untuk kemudahan orang awam mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan secara




14
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21