Page 14 - content_2010
P. 14
Laporan Tahunan
2 0 I 0 Suruhanjaya perkhidmatan awam negeri Sarawak



Laporan Eksekutif






1. MUKADDIMAH

Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (selepas ini disebut
SPANS) ini disediakan sebagai memenuhi kehendak peruntukan Artikel 36(8), Bahagian
IV, Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63) yang menghendaki Suruhanjaya
menyediakan satu laporan tahunan mengenai kegiatannya kepada Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan salinannya dibentangkan di Dewan Undangan
Negeri.

Laporan Tahunan SPANS 2010 ini merangkumi kegiatan yang dilaksanakan oleh SPANS
sepanjang tahun 2010. Laporan ini tidak memasukkan kegiatan-kegiatan yang telah
diwakilkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak dan ketua jabatan melalui Arahan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa), 2004
yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004.



2. PENUBUHAN

SPANS telah diwujudkan pada 1 November 1961 di bawah The Sarawak (Public Service
Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati Governor selaras
dengan Order in Council tersebut dan apa-apa juga peraturan yang dibuat dari semasa
ke semasa sehingga 15 September 1963. Pada 16 September 1963, iaitu tarikh
penubuhan Malaysia, selaras dengan Artikel 35, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri
Sarawak (G.N.S. 163/63), SPANS telah menjadi sebuah badan eksekutif sepenuhnya.


Menurut Perlembagaan Negeri Sarawak, keanggotaan SPANS adalah terdiri daripada
seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari empat (4) dan
tidak lebih dari sembilan (9) orang ahli.

Urusan harian SPANS dibantu oleh Urusetia yang dianggotai oleh kakitangan Kerajaan
Negeri diketuai oleh seorang Setiausaha.


3. FUNGSI-FUNGSI


Mengikut Artikel 36(1), perlembagaan yang sama, SPANS adalah sebuah badan bebas
yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas seperti berikut:

3.1 Pelantikan;
3.2 Pengesahan dalam jawatan;
3.3 Pemberian taraf tetap dan berpencen;
3.4 Kenaikan pangkat;




12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19