Page 15 - content_2010
P. 15
S pa n S
3.5 Perpindahan tempat bertugas; dan
3.6 Mengawal disiplin
kakitangan perkhidmatan awam negeri Sarawak.
Selain daripada itu, SPANS juga dipertanggungjawabkan di bawah Artikel 39(3),
perlembagaan yang sama, untuk mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman
kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti pelbagai kursus dan latihan
akademik sepenuh masa. Dalam hal ini, SPANS telah diberi tanggungjawab untuk
mengendali dan menganugerahkan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri kepada pelajar-
pelajar yang mengikuti kursus-kursus akademik di peringkat Diploma dan Ijazah di
pusat-pusat pengajian tinggi awam tempatan.
Bermula pada 1 Julai 2000, dengan berkuatkuasanya Local Authority Service
Regulations 2000, SPANS merupakan kuasa melantik, mengesahkan dalam jawatan,
menaikkan pangkat dan mengawal disiplin kakitangan pihak berkuasa tempatan.
SPANS telah bermesyuarat sebanyak 10 kali sepanjang tahun 2010. Sebanyak 68
siri iklan telah dikeluarkan dalam tahun yang sama untuk mengisi 1385 kekosongan
jawatan. Walau bagaimanapun, hanya 253 kekosongan jawatan sahaja berjaya diisi.
Selebihnya tidak dapat diisi kerana tiada calon yang sesuai/layak dan terdapat juga
kekosongan yang dibatalkan oleh pihak jabatan.
4. PERWAKILAN KUASA
Melalui Artikel 36(6), Perlembagaan Negeri Sarawak, SPANS telah mewakilkan kuasa-
kuasanya kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak dan ketua jabatan melalui Arahan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa), 2004
yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004. Ianya menggantikan Arahan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa), 1998.
4.1 PERWAKILAN KUASA KEPADA KETUA JABATAN (TERMASUK SETIAUSAHA
KERAJAAN SARAWAK DAN SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN)
4.1.1 Melantik mana-mana orang di dalam mana-mana jawatan dalam
perkhidmatan awam negeri di jabatan masing-masing bagi Gred 27
dan ke atas (selain daripada jawatan Timbalan Pengarah atau Penolong
Pengarah) sama ada jawatan bertaraf tetap dan berpencen, tetap dan
tidak berpencen, atau pelantikan secara kontrak atau secara sementara;
13