Page 23 - Content_2009
P. 23
20 09
L A P O R A N T A H U N A N




4. PERWAKILAN KUASA




Melalui Artikel 36(6), Perlembagaan Negeri Sarawak, SPANS telah mewakilkan
kuasa-kuasanya kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak dan ketua jabatan melalui
Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-
Kuasa), 2004 yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004. Ianya menggantikan Arahan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa),
1998.




4.1 PERWAKILAN KUASA KEPADA KETUA JABATAN (TERMASUK
SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK DAN SETIAUSAHA TETAP
KEMENTERIAN)


4.1.1 Melantik mana-mana orang di dalam mana-mana jawatan dalam
perkhidmatan awam negeri di jabatan masing-masing bagi Gred 27 dan
ke atas (selain daripada jawatan Timbalan Pengarah atau Penolong
Pengarah) sama ada jawatan bertaraf tetap dan berpencen, tetap dan
tidak berpencen, atau pelantikan secara kontrak atau secara sementara;


4.1.2 Menamatkan pelantikan perkhidmatan mana-mana pegawai yang
dilantik di atas yang masih di dalam tempoh percubaan;

4.1.3 Melanjutkan tempoh percubaan pegawai yang dilantik selama mana
perlanjutan tempoh tersebut tidak melebihi tempoh yang disyaratkan
dalam Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996 (Swk. L.N.1/96);
dan


4.1.4 Melantik dan menamatkan pelantikan memangku atau menjalankan
tugas mana-mana pegawai di dalam perkhidmatan awam negeri di
jabatan masing-masing (kecuali jawatan Timbalan Pengarah), sama
ada atau tidak menjalankan tugas jawatan hakiki pegawai tersebut,
tetapi tidak melebihi 180 hari bekerja kecuali setelah mendapat
kelulusan SPANS.


4.2 PERWAKILAN KUASA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK


4.2.1 Mengesahkan pelantikan mana-mana jawatan pegawai Gred 27 dan ke


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK I 23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28