Page 22 - Content_2009
P. 22
20 09 L A P O R A N T A H U N A N






3. FUNGSI-FUNGSI




Mengikut Artikel 36(1), perlembagaan yang sama, SPANS adalah sebuah badan
bebas yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas seperti berikut:


3.1 Pelantikan;
3.2 Pengesahan dalam jawatan;
3.3 Pemberian taraf tetap dan berpencen;
3.4 Kenaikan pangkat;
3.5 Perpindahan tempat bertugas; dan
3.6 Mengawal disiplin


kakitangan perkhidmatan awam negeri Sarawak.


Selain daripada itu, SPANS juga dipertanggungjawabkan di bawah Artikel 39(3),
perlembagaan yang sama, untuk mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman
kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti pelbagai kursus dan latihan
akademik sepenuh masa. Dalam hal ini, SPANS telah diberi tanggungjawab untuk
mengendali dan menganugerahkan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri kepada
pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus akademik di peringkat Diploma dan
Ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi awam tempatan.


Bermula pada 1 Julai 2000, dengan berkuatkuasanya Local Authority Service
Regulations 2000, SPANS merupakan kuasa melantik, mengesahkan dalam
jawatan, menaikkan pangkat dan mengawal disiplin kakitangan pihak berkuasa
tempatan.


SPANS telah bermesyuarat sebanyak 10 kali sepanjang tahun 2009. Sebanyak 64
siri iklan telah dikeluarkan dalam tahun yang sama untuk mengisi 332 kekosongan
jawatan. Walau bagaimanapun, hanya 227 kekosongan jawatan sahaja berjaya diisi.
Selebihnya tidak dapat diisi kerana tiada calon yang sesuai/layak dan terdapat juga
kekosongan yang dibatalkan oleh pihak jabatan.














22 I SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27