Page 21 - Content_2009
P. 21
20 09
L A P O R A N T A H U N A N




1. MUKADDIMAH




Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (selepas ini
disebut SPANS) ini disediakan sebagai memenuhi kehendak peruntukan Artikel 36(8),
Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63) yang menghendaki
Suruhanjaya menyediakan satu laporan tahunan mengenai kegiatannya kepada
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan salinannya dibentangkan
di Dewan Undangan Negeri.


Laporan Tahunan SPANS 2009 ini merangkumi kegiatan yang dilaksanakan oleh
SPANS sepanjang tahun 2009. Laporan ini tidak memasukkan kegiatan-kegiatan
yang telah diwakilkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak dan ketua jabatan
melalui Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan
Kuasa-Kuasa), 2004 yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004.







2. PENUBUHAN




SPANS telah diwujudkan pada 1 November 1961 di bawah The Sarawak (Public
Service Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati Governor
selaras dengan Order in Council tersebut dan apa-apa juga peraturan yang dibuat
dari semasa ke semasa sehingga 15 September 1963. Pada 16 September 1963, iaitu
tarikh penubuhan Malaysia, selaras dengan Artikel 35, Bahagian IV, Perlembagaan
Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63), SPANS telah menjadi sebuah badan eksekutif
sepenuhnya.


Menurut Perlembagaan Negeri Sarawak, keanggotaan SPANS adalah terdiri daripada
seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari empat (4) dan
tidak lebih dari sembilan (9) orang ahli.


Urusan harian SPANS dibantu oleh Urusetia yang dianggotai oleh kakitangan
Kerajaan Negeri diketuai oleh seorang Setiausaha.








SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK I 21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26