Page 20 - Edisi 1 buletin PBM2024
P. 20
PROGRAM 2023
PROGRAM WELLNESS MONTH
AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT
pada 26 September 2023 di Dewan
Persidangan, Tingkat 1, Menara Pehin
Setia Raja, Mukah.
Merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat
di kalangan rakyat Malaysia. Bertujuan
untuk menyediakan pelbagai aktiviti dan
sumber maklumat bagi menggalakkan
masyarakat untuk mengamalkan amalan
kesihatan yang baik dan memperkukuhkan
kesedaran tentang pentingnya menjaga
kesihatan secara holistik. Program ini
dijayakan oleh Pejabat Daerah Mukah dan
Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.
SAMBUTAN MAULIDUR
RASUL PERINGKAT
BAHAGIAN MUKAH 2023 pada
28 September 2023 di Masjid
Setia Raja Mukah.
Perarakan ini diketuai oleh
Timbalan Menteri Ekonomi
merangkap Ahli Parlimen Mukah,
Dato Hanifah Hajar Taib dan
diiringi oleh Residen Bahagian
Mukah, Encik Kueh Lei Poh dan
Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Tellian, Encik Royston
Valentine.
Kira-kira 5,000 orang meliputi 49
kontinjen menyertai perarakan
Maulidur Rasul bermula dari
Masjid Setia Raja Mukah menuju
ke Pasar Lama Mukah dan
kembali semula ke Masjid Setia
Raja Mukah.
18