Page 17 - Edisi 1 buletin PBM2024
P. 17
PROGRAM 2023
SAFARI MEMANCING TANJUNG MANIS 2023 EDISI KE-17 pada 11-13 Ogos 2023 di
Pangkalan Jeti Tanjung Manis.
Acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak
(PUSAKA) bertujuan untuk mempromosi keindahan, keunikan dan kedamaian di Lembah
Rajang serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk tempatan, agensi kerajaan
serta NGO. Seramai 239 peserta menyertai pertandingan tersebut bagi kategori laut dalam
dan persisir.
YAB Premier Sarawak Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, Timbalan Menteri
Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh dan
Pengurus Besar Pusaka, Zainal Abidin Abdullah merupakan tetamu kehormat yang hadir.
PESTA DARO 2023 pada 25 Ogos - 3 September 2023 di Dewan Terbuka Pasar
Baharu, Daro.
Pesta setiap tahun bertujuan untuk mengukuhkan identiti budaya di kalangan masyarakat termasuk
mengeratkan jalinan kerjasama di antara komuniti setempat, pemimpin tempatan, agensi kerajaan,
persatuan dan badan-badan bukan kerajaan. Pesta kali ini disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi
Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg, Premier Negeri Sarawak.
15