Page 18 - Edisi 1 buletin PBM2024
P. 18

PROGRAM 2023





















    MUKAH TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI
    KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI
    SARAWAK 2023 pada 30-31 Ogos.

    Sambutan kali ini, menampilkan konsep keterangkuman
    dan bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan,
    Penuhi Harapan. Acara Unity Ride & Walk dan Konsert
    Malam Ambang Merdeka diadakan di Dataran Pehin
    Setia Raja dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
    Acara utama pada 31 Ogos 2023 pula dilangsungkan di
    Politeknik Mukah.

    Sambutan kali ini dihadiri oleh Pemangku Yang Di-
    Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang
    Nassar, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang
    Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk
    Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Hajah Fatimah
    Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak
    dan Kesejahteraan Komuniti dan Timbalan Menteri
    Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah,
    YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib.




                                                                   LAWATAN KERJA KE LOJI RAWATAN
                                                                   AIR BASONG, MUKAH pada 31 Ogos
                                                                   2023.

                                                                   Lawatan oleh Timbalan Menteri Ekonomi
                                                                   Malaysia merangkap Ahli Parlimen P213
                                                                   Mukah, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib,
                                                                   Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu
                                                                   Dr Mohamad Abdullah Zaidel, SUT MUT Jafri
                                                                   Lias, Pengarah JBALB Ir Chang Kuet Shian
                                                                   danTimbalan Residen Mukah Shafrie Saili.


                                                                   loji berkapasiti 60 juta liter air sehari (60MLD)
                                                                   membekal sebahagian besar dari keperluan
                                                                   air di Bahagian Mukah.Ini merangkumi
                                                                   Daerah Mukah,Balingian,Kuala
                                                                   Balingian,Dalat,Oya dan Igan.


                                                                                                                    16
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23