Page 73 - Samarahan_Book
P. 73
DAERAH SAMARAHAN






























1 2






























3 4
Oleh sebab belum ada infrastruktur jalan yang baik untuk masuk ke dalam kam-
pung-kampung, maka berjalan di atas titian kayu yang sesetengahnya pula sudah usang,
meniti batas dan berjalan di atas tanah yang berumput, berair dan becak ialah perkara
biasa bagi Ahli Yang Berhormat dan pemimpin-pemimpin pada masa itu untuk melawat
kampung-kampung. Demi rakyat, mereka sanggup turun padang untuk melihat sendiri
keadaan kampung dan kedaifan hidup penduduk kampung yang menuntut pembangu-
nan terutamanya di kawasan Samarahan. Bagi penduduk kampung pula, mereka sentia-
sa menyambut baik kedatangan Ahli Yang Berhormat dan pemimpin-pemimpin ke tempat
mereka pada masa itu.


1. YB Datuk Amar Abdul Taib Bin Mahmud disambut oleh penduduk kampung golongan lelaki dan
wanita yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur ketika beliau melawat Kpg. Lubok Mata pada
1977. Jalan jeti digunakan untuk menuju ke sesebuah rumah di dalam kampung pada masa itu.
2. TYT Ahmad Zaidi merasmikan sekolah rendah di Kpg. Mata Parang, 1979. Pada masa itu, jeti ke-
cil digunakan oleh murid-murid sekolah untuk ke sekolah selain untuk menyambut pemimpin-
YB Abang Ikhwan Zaini berjabat mesra dengan rakyat semasa melawat di Kpg. Endap pada 1979.
3. pemimpin yang datang melawat sekolah mereka.
Memandangkan tiada infrastruktur jalan yang baik maka jalan tanah terpaksa dilalui untuk menuju
ke sesebuah rumah di dalam kampung.
4. TYT Ahmad Zaidi semasa berjalan menuju ke sekolah Mata Parang di Kpg. Mata Parang dengan
keadaan jalan tanahnya yang becak, 1979.
5. Keadaan jalan tanah yang berair. Titi yang beralaskan batang kelapa terpaksa digunakan bagi
membolehkan TYT Ahmad Zaidi dibawa masuk ke dalam kampung semasa lawatan beliau ke Kpg
5 Mata Parang, 1979.
73
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78