Page 72 - Samarahan_Book
P. 72
1 2 3















4













6
Dengan memandangkan bahawa pengangkutan utama ialah sungai dengan
menggunakan bot, perahu ataupun sampan, Ahli Yang Berhormat dan juga pemimpin-
pemimpin pada masa itu kebiasaannya disambut di atas jeti-jeti. Pada lawatan ketika itu,
jalan sempurna untuk masuk ke dalam kampung juga belum ada. Yang ada hanyalah
jalan tanah. Oleh yang demikian, Ahli Yang Berhormat dan juga pemimpin-pemimpin
pada masa itu terpaksa menggunakan jalan tanah tersebut walaupun ada sesetengah-
nya pula ditumbuhi dengan rumput yang tebal (1). Bagi penduduk kampung, mereka
sentiasa bersemangat menyambut kedatangan Ahli Yang Berhormat dan pemimpin-
pemimpin walaupun terpaksa berdiri menunggu di atas jeti pada masa itu.


1. YB Abdul Taib Bin Mahmud melawat Kpg. Tg. Parang, 1970. Pada masa itu, beliau menggunakan
laluan sungai untuk melawat ke kampung-kampung. Beliau juga terpaksa berjalan di atas jalan
tanah yang becak dan berumput tebal untuk sampai ke dalam kampung.
2. YB Datuk Awang Hipni disambut di atas pangkalan jeti di Kpg. Muara Tuang, 1973. Pada masa itu
beliau dibawa dengan menaiki bot untuk melawat kampung-kampung.
3. YB Datuk Awang Hipni disambut di atas pangkalan jeti semasa melawat di Kpg. Reban pada 1970-
an.
4. Perahu tambang yang digunakan oleh YB dan pemimpin-pemimpin untuk melawat ke kampung-
kampung di Muara Tuang, 1970-an. Selain bot, perahu tambang merupakan pengangkutan air al-
Penduduk kampung Muara Tuang bersama YB Datuk Awang Hipni berdiri di atas titian kayu yang
5. tenatif pada masa itu.
hampir usang, 1969. Pada masa itu, beliau turun padang untuk merasmikan masjid Kpg. Muara
Tuang di samping meninjau keadaan jalan di Kpg. Muara Tuang.
6. YB Abdul Taib Bin Mahmud disambut oleh murid-murid sekolah di atas pangkalan jeti semasa
5 melawat Kpg. Baru, 1967. Kelihatan segelintir murid sekolah pada masa itu masih berkaki ayam.
72
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77