Page 70 - Samarahan_Book
P. 70
1































2 3
Samarahan atau Muara Tuang suatu ketika dahulu ialah perkampungan terpencil
yang terletak kira-kira 38km dari bandar Kuching. Penduduk majoritinya terdiri daripada
kaum Melayu yang tinggal di pinggiran sungai. Muara Tuang yang diberi nama bersem-
pena dengan kedudukan kampung di antara Sungai Samarahan dan Sungai Tuang
merupakan kawasan yang serba kekurangan dan tiada mempunyai apa-apa kemudahan
infrastruktur mahupun kemudahan komuniti dan sosial yang baik. Pada masa itu, Sa-
marahan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Muara Tuang hanya mempunyai
sebuah pekan kecil dengan lima buah kedai kayu dan beberapa buah rumah kayu yang
beratapkan daun nipah sebagai tempat untuk berteduh dan berlindung daripada hujan
dan panas.


1. Pasar Muara Tuang yang dibina pada 1960-an. Kedainya diperbuat daripada kayu papan dan atap
belian dan merupakan satu-satunya pekan kecil yang menjadi tumpuan penduduk Kpg. Muara
Tuang untuk mendapatkan bekalan makanan.
2. Gerai kayu di Kpg. Tg. Bundong merupakan gerai makanan yang sangat popular pada tahun 1974
di Kpg. Tg. Bundong dengan nama ‘Taman Selera Semarahan’.
3. Pejabat Daerah Kecil Muara Tuang, 1970-an yang ketika itu di bawah pentadbiran Bahagian Per-
tama, Kuching. Bangunan pertama dahulunya dibina pada 1933 diperbuat daripada lapisan dinding
(clinker built) merupakan pejabat pentadbiran dan kubu semasa pendudukan Jepun.
4. Kpg. Muara Tuang pada 1970-an. Rumah-rumah pada masa itu diperbuat daripada kayu dan atap

4 belian manakala struktur jalan utama tanah dan diperbuat daripada papak simen.
70
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75