Page 258 - Kuching_Book
P. 258
Sarawak menyambut ulang tahun ke-45 Merdeka
dalam Malaysia pada tahun 2008. Seiring dengan
sambutan itu, adalah menjadi hasrat kerajaan negeri
Sarawak dan penduduknya untuk menjadikan
Sarawak sebuah negeri berstatus maju sebelum
Wawasan 2020 menjadi realiti. Dalam usaha untuk
merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan merancang
dan melaksanakan pelbagai projek dalam bidang
ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan dan prasarana
untuk rakyat.


Bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak kini tersenarai
sebagai salah sebuah daripada sepuluh bandaraya
teratas yang paling sesuai untuk didiami di Asia.
Kehijauan pelbagai pokok dan bunga daripada
beraneka warna yang melatari landskap bandaraya
dan perbandaran menyumbang ke arah kesesuaian
dan keselesaan Kuching untuk didiami. Begitu
juga dengan langkah-langkah pembersihan dan
pengindahan persekitaran yang berterusan termasuk
Sungai Sarawak. Oleh itu, usaha kerajaan negeri dalam
meningkatkan kualiti kerja-kerja pembuangan sampah
sarap, bahan pembuangan sisa pepejal dan bahan
berjadual harus mendapat pujian memandangkan
teknologi dan prosidur yang digunakan adalah antara
yang termoden dan tercanggih di rantau ini.


Sememangnya Kuching perlu sentiasa bersih dan
menghijau untuk menarik pelancong luar dan dalam
negara. Selain itu, semua produk tarikan pelancong
hendaklah sentiasa bermutu dan ketulenannya terjamin.
Penduduk Kuching hendaklah sedar bahawa kita tinggal
dalam masyarakat pelbagai kaum. Dengan itu, kita
seharusnya sentiasa menolong dan melindungi di
antara satu dengan yang lain daripada bahaya dadah,
rompakan, malapetaka dan jenayah-jenayah sivil
yang lain.






Loji Rawatan “Sludge” di Matang, Kuching.
Sludge Treatment Plant at Matang, Kuching.
240 Kuching . . . terus makmur
   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263