Page 25 - muka depan.indd
P. 25
SEJARAH PENTADBIRAN BAHAGIAN MUKAH
Pengisytiharan Bahagian Mukah

Bahagian Mukah telah diisytihar-
kan sebagai Bahagian Ke Sepuluh di
Sarawak pada 1 Mac 2002 oleh Yang
Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud, Ketua Menteri Sara-
wak.
Setelah persempadanan semula, ke-
luasan Pentadbiran Bahagian Mukah
seluas 6,997.61 kilometer persegi
yang terdiri daripada empat buah
Daerah iaitu Mukah, Dalat, Matu dan
Daro serta empat buah Daerah Kecil
iaitu Balingian, Oya, Igan dan Bela-
wai. Daerah Mukah merupakan pusat
pentadbiran di peringkat Bahagian.
Pengiktirafan Bahagian Mukah
sebagai Bahagian telah membuka
lembaran baru dalam jentera pen-
tadbiran Negeri Sarawak apabila ia
merangkumi seluruh kawasan pesi-
sir pantai di bahagian tengah Negeri
Sarawak yang menghadap Laut Cina
Selatan iaitu menganjur dari Balin-
gian di sebelah Timur sehingga Be-
lawai di sebelah Barat dengan pantai
sepanjang 200 km dan mempunyai
kawasan bertanah gambut yang
rata.
Pengiktirafan Mukah sebagai Ba-
hagian telah membuka lembaran
baru dalam jentera pentadbiran neg-
eri Sarawak. Dengan mewujudkan
satu kawasan yang lebih kecil adalah
diharapkan proses pembangunan di
kawasan Mukah akan bertambah pe-
sat dan berterusan.



















“Pengisytiharan Mukah sebagai Bahagian adalah satu
usaha ke arah memperkemaskan pentadbiran Negeri
Sarawak bagi membolehkan kerajaan dan rakyatnya
berganding bahu untuk mencapai Wawasan 2020.”
“... adalah Mukah diisytiharkan sebagai Bahagian baru
maka boleh dikatakan bahawa sebuah Bahagian itu
adalah sebuah wilayah yang cukup kecil bagi mem-
bolehkan pentadbiran dijalankan dengan cekap... dan
cukup besar untuk dicantumkan sebagai satu unit
ekonomi yang boleh bergerak dengan sendirinya di
peringkat akar umbi.”
2
1. YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud merasmikan pengisytiharaan
Bahagian Mukah pada 1 Mac 2002.
2. YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyerahkan watikah pengi-
sytiharaan Bahagian Mukah kepada YB Datuk Amar Abdul Aziz
Hussein Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.
1
24 25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30