Page 11 - Buletin ARCA edisi 7
P. 11
September



Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri 2012

Tarikh: 1 September di Dewan Undangan Negeri Lama,
Petra Jaya Kuching


J abatan Perbendaharaan Negeri Sarawak dan Pejabat
Setiausaha Kewangan Negeri dengan kerjasama KOHAB,
KESTURI dan KIPAS telah menganjurkan Majlis Ramah
Tamah Aidil Fitri 2012.
Ianya telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Tan Sri
Datuk Amar Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani dengan
upacara memotong pulut kuning. 500 kakitangan hadir bagi
memeriahkan majlis ini yang turut disertai oleh Pejabat
Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dan SGOS.


Refleksi 1Perbendaharaan Bulan Gotong Royong Peringkat Ibu Pejabat
September dan Perbendaharaan Bahagian

Tarikh: 27.09.2012 di Ruang Legar Menara Pelita Tarikh: 28.09.2012
J awatankuasa 5S dengan kerjasama Pihak Pengurusan

Jabatan telah menganjurkan program gotong royong
bagi pembersihan pejabat di Ibu Pejabat dan
Perbendaharaan Bahagian.

Semua pegawai di peringkat Ibu Pejabat dan
Perbendaharaan Bahagian telah turut serta dalam kerja-
kerja pembersihan, penyisihan peralatan dan dokumen
dan susun atur peralatan dan dokumen.

P erhimpunan bulanan Refleksi 1Perbendaharaan

untuk Bulan September 2012 telah diadakan
pada yang lalu. Akauntan Negeri Sarawak dalam
perhimpunan kali ini menzahirkan ucapan tahniah
beliau atas kenaikan pangkat Puan Hajjah Elean Masa’at
ke jawatan Gred W54 secara hakiki dan 3 orang staf
Perbendaharaan iaitu Encik Awg Sabli Awg Sulong (PB
Bintulu), Encik Goh Jeu Sin (PB Sibu) dan Puan Lau Chin
Kei (PB Sibu) yang telah dianugerahkan pingat kebesaran
negeri sempena Harijadi TYT pada 8 September 2012
yang lalu.



Peperiksaan Subjek Jabatan Sesi 2/2012 November
Tarikh: 5 November 2012 di Pustaka Negeri, Kuching Sarawak


J abatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Peperiksaan
Subjek Jabatan Sesi 2/2012 bagi Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred
W17 dan Penolong Akauntan (Kewangan), Gred W27. Peperiksaan telah
diadakan. Seramai 20 calon peperiksaan yang terdiri daripada 18 orang dari
Gred W17 dan 2 orang dari Gred W27.

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan ini adalah daripada Jabatan
Kerja Raya, Pejabat Daerah, Jabatan Pertanian, Setiausaha Kewangan Negeri
Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Bintulu Development Authority, Jabatan
Perhutanan, Kementerian Kemudahan Awam, Residen Betong, Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti serta Jabatan Perbendaharaan
Negeri Sarawak. Buletin JPNS arca 11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16