Page 235 - Samarahan_Book
P. 235
DAERAH SIMUNJAN






















1 2 3






















4 5 6














9
Sudah sedia maklum bahawa Simunjan agak terpencil dan payah untuk dihubungi.
Walaupun demikian ianya tidak menghalang pemimpin dan pembesar negeri untuk mela-
wat Simunjan. Malah pemimpin utama Negara juga pernah melawat Simunjan. Gambar-
gambar di atas menunjukkan rupa bentuk permukaan dan jenis jalan yang ada pada
7 ketika itu.Penduduk kampung sangat berbesar hati jika jalan raya dibina dalam kampung
atau pun jalan untuk menghubungi antara kampung yang ada di Simunjan. Oleh sebab
masalah penggangkutan jalan tanah, jalan batu dan jalan konkrit atau “cement slab”
adalah jenis jalan yang sangat popular ketika itu. Jalan-jalan ini adalah jalan projek dari
kerajaan. Jalan-jalan ini dibina sama ada secara kontrak atau Gotong Royong.

1. YAB. Ketua Menteri Sarawak ketika itu Datuk Abd. Rahman Yaakob membuat lawatan rasmi ke
Simunjan pada tahun 70-an
2. Lawatan TYT. Negeri Sarawak Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman bersama-sama
pemimpin-pemimpin negeri lain ke Gedong.
3. Jalan kampung “cement slab” yang ada di Simunjan pada tahun 70-an
4. Orang ramai sedang menunggu ketibaan pembesar negeri di Simunjan dan dapat kita lihat keadaan
jalan tanah ketika itu iaitu pada awal 70-an
5. Menteri merasmikan jalan tanah di Kampung Tuba, Simunjan pada tahun 70-an
6. Jalan tanah di Jalan Saba, Simunjan pada tahun 70-an
7. Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia YTM. Tuanku Abd. Rahman Al-Haj pada tahun 60-an
8. Lawatan Menteri ke Kpg. Sg. Apin, Simunjan pada tahun 90-an.
9. YAB. Ketua Menteri Sarawak disambut orang ramai semasa lawatan rasmi ke Simunjan.
8
235
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240