Page 178 - Samarahan_Book
P. 178
1




























2 4

Pada Mac 1962, Jalan Serian ke Simanggang telah dibuka untuk kegunaan orang
awam. Setelah mencapai kemerdekaan banyak jalan raya telah dibuka oleh pihak
kerajaan terutamanya yang berdekatan dengan pekan-pekan. Pada sekitar tahun 1967,
kebanyakan jalan yang dibina untuk menghubungkan satu kampung dengan kampung-
kampung lain, seperti kampung Mujat, kampung Mongkos dan kampung sekitar Tebedu.
Jika dilihat daripada gambar, pembinaan jalan diawasi oleh pasukan keselamatan. Ke-
banyakan rumah yang berupa pondok dibina berhampiran dengan jalan. Sebelum ini
penduduk kampung kebanyakannya tinggal di tepi sungai. Pemimpin-pemimpin dan
tokoh-tokoh tempatan bertungkus-lumus tanpa mengenal penat lelah melakukan lawa-
tan ke kampung-kampung untuk meninjau pembangunan dan kemajuan kampung yang
telah dicapai dan seterusnya merasmikan jalan-jalan yang telah siap dibina. Pada ketika
itu, keadaan jalan belum cukup sempurna sepenuhnya namun kerajaan begitu gigih,
komited dan penuh yakin untuk melihat kawasan luar bandar maju setaraf dengan ka-
wasan bandar. Pada tahun 1970-an, sebahagian Jalan Kuching/Serian/Tebedu telah
digunakan sebagai kemudahan awam sepenuhnya.

1. Pembinaan Jalan Serian Tebedu dalam tahun 1967.
2. Encik Taib merasmikan ’Feeder Road’ di salah sebuah kampung dalam tahun 1967.
3. Jalan Simanggang Serian dalam pembinaan 1968.
3 4. Majlis Perasmian jalan Kpg. Sumpas (Tampek) pada 07.06.1986.

178
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183