Page 173 - Samarahan_Book
P. 173
DAERAH SERIAN





















4 8























5 9
Pekan Serian telah wujud pada awal tahun 1930-an dengan beberapa buah kedai
kayu sahaja. Kedai-kedai kayu tersebut bertambah dari tahun ke tahun apabila semakin
banyak peniaga kaum Cina menjalankan urus niaga di situ. Pada masa itu, belum ba-
nyak kemajuan dan kemudahan asas didapati dan sehinggalah pada bulan Febuari 1955,
Serian (Upper Sadong) dan Simunjan(Lower Sadong) telah dipisahkan dan masing-ma-
sing menjadi Daerah Penuh. Pejabat Daerah Serian telah dibina pada tahun 1955 dan
diperbuat daripada kayu yang diberi secara percuma oleh penduduk tempatan. Walau
bagaimanapun sistem pentadbiran belum cukup teratur dan sempurna, namun ini meru-
pakan sistem pentadbiran yang termoden ketika itu. Pejabat Pos yang bersebelahan
dengan Pejabat Daerah merupakan sistem komunikasi yang paling berkesan bagi pen-
duduk dalam Daerah Serian. Semenjak Merdeka kerajaan telah membangunkan Pekan
Serian menjadi tempat perniagaan bagi menarik lebih banyak orang datang dan singgah
untuk membeli barang-barang keperluan. Pada ketika itu, banyak gerai makanan dan
minuman didirikan bersebelahan dengan kedai kayu tersebut. Pembangunan kawasan
6 bandar bertambah rancak dan pesat setelah Serian diisytiharkan di bawah Bahagian
Samarahan pada 1 Januari 1987. Daerah Serian mempunyai sebuah Daerah Kecil yak-
ni Daerah Kecil Tebedu yang merupakan pintu masuk utama bagi Malaysia/Indonesia.
Daerah Serian mempunyai empat buah pekan iaitu Pasar Serian, Pekan Tebedu, Pekan
Baki dan Pekan Balai Ringin. Di kawasan pedalaman Serian terdapat kemudahan gerai
runcit untuk penduduk kampung membeli barang keperluan. Lihat gambar 9. Sehingga
kini gerai runcit tersebut masih lagi wujud walaupun keadaannya yang telah uzur.
1. Pekan Serian dalam keadaan sunyi waktu tengah hari sekitar 1960-an.
2. Pekan Tebedu dengan terkibarnya bendera “Union Jack” sekitar tahun 1961.
3. Gerai Makanan 1963
4. Pekan Tebakang 1963
5. Bangunan Pejabat Daerah Serian 1971.
6. Pejabat Pertanian 1968.
7. Pejabat Pos Serian 1968
8. Pasar Baki Lama sekitar 1960-an.
9. Rumah Kedai di Terbat, Serian 1970-an.
(Gambar adalah ihsan Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.)
7
173
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178