Page 128 - Samarahan_Book
P. 128
1 2

Pada tahun 1960 an di kawasan Nonok tidak ada ke-
mudahan jalan kampong yang baik. Jalan-jalan kampong
hanya dalam bentuk jalan titi batang kayu, jalan papan(1),
jalan rumput (2), jalan tanah (3), dan jalan simen slab (4)
. Apabila ring ban dibuat pada tahun 1970 an, ia banyak
dijadikan jalan (5) bagi kemudahan penduduk.




4
1. YB Ikwan Zaini merupakan pemimpin yang cekal di-
mana beliau meniti jalan batang kelapa dan barisan pa-
pan dengan menggunakan kasut ‘boot’ getah dengan
disambut olah murid sekolah yang hanya berkaki ayam
di kampong Melayu Nonok ,1968
2. Jalan tanah Kampong Pendam, 1978
3. Tunku Abdul Rahman disambut oleh penduduk kam-
pung Tambirat pada tahun,1967.
4. Jalan di dalam kampung Beliong yang masih dilitupi
oleh rumput dan tanah ketika menyambut lawatan YB
3 5 Encik Abdul Taib bin Mahmud pada tahun 1977.
5. YB Ahmad Zaidi meninjau keadaan sekeliling Kampung
Sambir, 1977 bagi melihat situasi sebenar kehidupan
rakyat. Rumah sudah agak besar dengan bahan binaan-
nya bertambah baik daripada bahan binaan seperti
nipah kepada kayu dan zink.
6. YB Encik Abdul Taib bin Mahmud melawat Kampung Re-
bak pada Tahun 1968, kawasan penempatan kampung
tersebut masih lagi jalan tanah dan rumput. Rumah-
rumah diperbuat sepenuhnya menggunakan atap nipah
dan ia kelihatan serupa.
7. Majlis Penyerahan Tangki kepada penduduk Kampung
Sungai Buluh pada Tahun 1973. Tangki besi bersaiz 8
kaki persegi diserahkan kepada penduduk kampung un-
tuk digunakan sebagai tadahan air hujan.
8. Sungai merupakan sumber utama penduduk Nonok
bukan sahaja sebagai bekalan air bersih malah tempat
kanak-kanak bermandi manda setelah penat bermain.
9. YAB Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub menyaksi-
kan pengagihan bekalan air bersih daripada tongkang
kerajaan ke dalam perahu penduduk kampung Pendam
yang dipenuhi dengan tempayan, tin dan tong pada Ta-
hun 1972.
6
128
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133