Page 124 - Samarahan_Book
P. 124
1 2




























3 4



1. Jambatan kayu bulat yang diikat dengan rotan,di kampung Pendam,1960an.Jambatan ini merupa-
kan laluan utama penduduk kampung ke pasar Pendam.Disamping itu,tiang jambatan juga diguna-
kan untuk mengikat tali perahu yang yang berurusan di pasar Pendam.
2. YB Ikhwan Zaini berjalan meniti jambatan yang diikat dengan susunan dua keping papan yang di-
gunakan untuk menyeberangi sungai Jemukan. Kampung Jemukan terletak bersebelahan dengan
sungai Jemukan.,1969. Kelihatan juga bangunan rumah yang serba ringkas dan di bina dengan
tinggi kerana kampung Jemukanpernah di masuki oleh air pasang,1969.
3. Jambatan Kampung Pendam yang lebih besar dan selesa diperbuat dari papan,1972.
4. YB Ikhwan Zaini diiringi kumpulan hadrah dan penduduk kampung semasa berjalan di atas Jam-
batan kayu yang menghubungi Kampung Semera dengan Pekan Semera,1968.
5. YB Ikhwan Zaini meniti jalan batang kelapa sebagai jambatan untuk menyeberangi parit-parit kecil
di Kampung Nonok Ulu,1969.
6. YB Encik Abdul Taib bin Mahmud disambut dengan paluan hadrah dan bunga mangga semasa
berjalan di atas papan belian yang menjadi jalan utama di Kampung Moyan dalam Tahun 1970-an.
7. YB Encik Abdul Taib bin Mahmud disambut dengan paluan hadrah dan berjalan di atas jambatan
yang menjadi jalan utama di Kampung Serpan dalam Tahun 1970-an.
8. YAB Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub Ketua Menteri Sarawak Merasmi jambatan Kampung
Pendam , 1972.
9. Jambatan merupakan jalan utama di Kampung Nonok Ulu dan Kuarters kerajaan ,1982.
10. YB Encik Abdul Taib bin Mahmud disambut di Pangkalan berdekatan dengan Pasar Kayu Nonok
semasa lawatan ke Kampung Nonok.
5
124
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129