Page 49 - oacp_2021
P. 49

TADBIR URUS



           PENGENALAN TADBIR URUS



           Tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti tatacara Pegawai melaksanakan tanggungjawab
           secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan penyampaian hasil, struktur termasuk budaya
           kerja, dasar, strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan
           (stakeholders) dan proses di mana PUSAKA diurus/diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan
           untuk melaksanakan objektif yang telah dipersetujui.

           Penerangan berkenaan aspek pemantauan dan penilaian pelaksanaan OACP. Ia penting bagi
           tujuan memantau kemajuan pelaksanaan yang diakukan oleh setiap bahagian dan seksyen
           agar selari dengan OACP disediakan di peringkat PUSAKA. Ia juga merupakan langkah untuk
           mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pelaksanaan inisiatif agar dapat diselaraskan dengan
           lebih berkesan.





                               PRINSIP-PRINSIP TADBIR URUS



           PRINSIP 1: KOMITMEN
           PENGURUSAN TERTINGGI



           Pengurusan       Tertinggi    PUSAKA
           bertanggungjawab dalam memastikan
           warga PUSAKA mengamalkan integriti
           dan etika ditahap yang tinggi dan
           mematuhi      sepenuhnya      keperluan
           undang-undang dan peraturan berkaitan
           antirasuah yang berkuatkuasa serta
           menguruskan risiko  rasuah organisasi
           secara berkesan.






























     48     Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54