Page 240 - Kuching_Book
P. 240
8
Kuching Terus Makmur
Semenjak permulaan, Kuching telah menjadi pusat pentadbiran Kerajaan
Negeri. Kekayaan kepelbagaian kebudayaan penduduknya sukar
ditandingi. Budaya penduduk tempatan sentiasa hidup dan dinamik,
walaupun mengalami perubahan peredaran masa, dan sentiasa dihormati.
Terlalu banyak untuk diceritakan tentang budaya tempatan sehingga sukar
untuk memulakannya. Kampung Budaya yang tersergam indah di Santubong
adalah muzium kehidupan penuh dengan adat resam penduduk Sarawak.
Dalam susun atur alam semulajadi hutan hujan tropika terdapat rumah
panjang dan rumah tradisional penduduk pelbagai kaum Sarawak di
Kampung Budaya Sarawak. Pada zaman dahulu, sebilangan daripada
masyarakat pribumi Sarawak tinggal di rumah panjang untuk tujuan
perlindungan daripada serangan musuh. Hari ini, kebanyakan daripada
penduduk mendiami rumah panjang konkrit di kawasan perumahan dalam
bandaraya. Masyarakat mungkin telah mengubah tabiat kehidupan tetapi
budaya tetap mereka kekalkan. Setiap kaum menyambut perayaan tahun
baharu masing-masing.
222 Kuching . . . terus makmur Bangunan Baitulmakmur. Menara Pelita.
Pelita building.
Baitulmakmur building.