Page 31 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 31
PERKARA 32: AKTIVITI KAUNSELING DAN PSIKOLOGI


32.1 Kaunselor JKMNS/ PKMB hendaklah menyedia serta menyelaras keperluan

aktiviti kaunseling dan psikologi di Pusat Pemindahan.



32.2 Kaunselor di PKMB bertanggungjawab membuat tinjuan dan penilaian
keperluan aktiviti di Pusat Pemindahan dan memaklumkan kepada

Cawangan Kaunseling, Ibu Pejabat JKMNS sekiranya berlaku bencana.


32.3 Pasukan Kaunselor perlu bekerjasama dengan Pendidikan, PDRM dan

Agensi lain yang relevan bagi mengatur dan melaksanakan aktiviti

kaunseling dan psikologi di Pusat Pemindahan.


32.4 Kaunselor bertanggungjawab menjalankan intervensi krisis atau jangka

pendek kepada mangsa yang mengalami krisis/ trauma melalui sokongan

psikologikal, terapi psikologi, penaksiran psikologi dan aktiviti–aktiviti yang
bersesuaian berpandukan Modul Pengurusan Kes Intervensi Krisis.



32.5 Pelaporan aktiviti kaunseling dan psikologi yang dijalankan hendaklah

dikemukakan kepada PKMB dan salinan kepada Cawangan Kaunseling, Ibu
Pejabat JKMNS bagi tujuan rekod serta bantuan pemulihan pasca bencana

jika diperlukan.




PERKARA 33: PELAKSANAAN AKTIVITI DI PUSAT PEMINDAHAN


33.1 Kaunselor dan Jawatankuasa Aktiviti bertanggungjawab merancang dan

melaksanakan aktiviti kaunseling, psikologi, sosial, riadah dan lain-lain

untuk mangsa di Pusat Pemindahan.




31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36