Page 12 - Annual Report 2007
P. 12
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
LAPORAN TAHUNAN 2007

LAPORAN EKSEKUTIF



1. MUKADDIMAH

Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (selepas
ini disebut SPANS) ini disediakan sebagai memenuhi kehendak peruntukan
Artikel 36(8), Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak ( G.N.S. 163/63 ) yang
menghendaki SPANS menyediakan satu laporan tahunan mengenai
kegiatannya kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan
salinannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Laporan Tahunan SPANS 2007 ini merangkumi kegiatan yang dilaksanakan
oleh SPANS sepanjang tahun 2007. Laporan ini tidak memasukkan kegiatan-
kegiatan yang telah diwakilkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak
dan Ketua Jabatan melalui Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
(Perwakilan Kuasa-Kuasa), 2004 yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004.



2. PENUBUHAN


SPANS telah diwujudkan pada 1 November 1961 di bawah The Sarawak (Public
Service Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati
Governor selaras dengan Order in Council tersebut dan apa-apa juga peraturan
yang dibuat dari semasa ke semasa sehingga 15 September 1963. Pada 16
September 1963, iaitu tarikh penubuhan Malaysia, selaras dengan Artikel 35,
Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak ( G.N.S. 163/63 ), SPANS
telah menjadi sebuah badan eksekutif sepenuhnya.


Menurut perlembagaan, keanggotaan SPANS adalah terdiri daripada seorang
Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari empat (4) dan
tidak lebih dari sembilan (9) orang ahli.


Urusan harian SPANS dibantu oleh Urusetia yang dianggotai oleh kakitangan
Kerajaan Negeri diketuai oleh seorang Setiausaha.



3. FUNGSI-FUNGSI

Mengikut Artikel 36(1), perlembagaan yang sama, SPANS adalah sebuah badan
bebas yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas seperti berikut:


3.1 Pelantikan;
3.2 Pengesahan dalam jawatan;


12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17