Page 245 - muka depan.indd
P. 245
MUKAH HARI INI
Perspektif Negara Pembangunan SCORE (Sarawak Corridor Of Renewable Energy)
SCORE merupakan salah satu daripada lima Koridor Pembangunan Wilayah di Malaysia. SCORE merupakan inisiatif
penting bagi membangunkan Wilayah Tengah dan mengubah Sarawak kepada Negeri membangun menjelang tahun
2020. Ianya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri di samping meningkatkan
kualiti hidup masyarakat di Sarawak.
Inisiatif koridor ini merupakan usaha untuk mencapai kumpulan sasaran yang tepat dan menyediakan peluang yang
mencukupi kepada masyarakat Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar.
Tanjung Manis Sebagai Bandar Perlabuhan Perindustrian
Tanjung Manis terletak di kawasan yang strategik di delta Sungai Rajang yang merupakan sungai yang terpanjang di
Malaysia. Iannya akan dibangunkan menjadi peneraju Bandar Pelabuhan bagi memudahkan pembangunan di kawasan
Barat koridor khasnya dan Sarawak amnya. Kemudahan jambatan dan jalan raya yang baru berhampiran dengan pelabu-
han akan menghubungkan Tanjung Manis dengan pedalaman di sebelah utara, selatan serta timur dan akhirnya mema-
jukan kawasan tersebut menjadi pusat perindustrian berasaskan sumber untuk SCORE seperti balak, kayu, kelapa sawit,
perikanan, pemprosesan makanan dan industri pembuatan kapal. Pembangunan koridor ini akan menyediakan peluang
yang besar untuk memperkembangkan industri tersebut.
Bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS), kemudahan yang tersedia dalam pembangunan koridor ini juga nerupakan
skop yang besar untuk berkembang di Tanjung Manis terutamanya melabur dalam industri hiliran.
Mukah Sebagai Bandar Pintar Atau Kota Bestari Dan Nadi Utama
Mukah terletak di kawasan tengah pembangunan Koridor Sarawak yang akan dibangunkan sebagai sebuah Bandar
Pintar. Ianya juga menjadi pusat pentadbiran bagi RECODA untuk membangunkan kawasan SCORE. Mukah akan menjadi
hub perkhidmatan terpenting dan nadi utama dengan memberi penekanan kepada tiga bidang khusus iaitu;
1. Pusat Pengetahuan
1
Pembangunan modal insan akan menjadi aspek penting untuk menentukan kejayaan jangka panjang ekonomi SCORE.
Universiti, Politeknik dan pusat latihan khusus akan dan telah dibina di Mukah untuk keperluan latihan bagi pekerja ma-
hir dan separuh mahir. Sebagai Bandar Pintar, Mukah sememangnya berdaya untuk melahirkan modal insan di kawasan
koridor dan di negeri Sarawak.
2. Pusat Penyelidikan & Pembangunan
Terdapat beberapa industri yang berkaitan amat bergantung kepada kebolehan membuat penyelidikan. Di Mukah,
Institusi Penyelidikan dan Pembangunan akan didirikan untuk memberi tumpuan kepada penyelidikan berasaskan sum-
ber dan industri terpilih agar aktiviti penyelidikan ini dapat mengekalkan pertumbuhan koridor dan juga pertumbuhan
ekonomi negeri.
3. Pusat Pentadbiran
Mukah telah dikenalpasti sebagai pusat nadi yang penting untuk pembangunan SCORE terutamanya dalam jangka
3 masa panjang yang berterusan. Mukah akan menjadi hub perkhidmatan penting bagi Wilayah Tengah.
1. Hari Konvokesyen Politeknik Kampus Mukah 2008.
2. Perasmian Halal Hub bersama YAB Datuk Seri Haji Abdullah Ahmad
Badawi Perdana Menteri Malaysia.
3. Perasmian SCORE bersama YAB Datuk Seri Haji Abdullah Ahmad
Badawi Perdana Menteri Malaysia dan disaksikan oleh Menteri-Menteri
Kabinet.
2
244 245