Page 17 - muka depan.indd
P. 17
PENGHARGAAN





Penyediaan buku bergambar ini merupakan tugas yang begitu mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada
semua pihak. Rekod-rekod disimpan oleh pelbagai pihak dan sumber yang diperoleh perlu dikaji dan diteliti sebelum
diterima sebagai bahan tulisan. Walaupun begitu, tanggungjawab dan tugasan yang dipikul menjadi mudah dan lancar
dengan adanya bantuan dan sokongan penuh pelbagai agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan mahu pun masyarakat
di Bahagian Mukah. Tanpa kerjasama ini, penulisan dan penyediaan buku ini tidak akan mencapai objektifnya. Untuk itu,
kami ingin mengucap dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak.

Sekalung penghargaan juga dipersembahkan kepada YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak
kerana telah banyak memberi inspirasi dan sumbangan dalam pembangunan di Bahagian Mukah. YAB Ketua Menteri telah
merubah wajah Bahagian Mukah menjadi lebih membangun setelah ‘Sirih Pulang Ke Gagang’. Sejak YAB Ketua Menteri
menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri N.51 Balingian pada tahun 2001 dan Mukah menjadi Bahagian kesepuluh pada
tahun 2002.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan YB Dato Sri Mu-
hamad Leo Toyad, YB Datuk Haji Abdul Wahab bin Haji Dollah, YB Puan Hajah Norah bin Tun Abdul Rahman, YB Dato Sri
Mohd. Asfia bin Awang Nasar, YB Datin Hajah Fatimah Abdullah, YB Tuan Haji Hamden bin Ahmad, YB Abu Seman bin
Jahwi dan YB Encik Murni bin Suhaili di atas sokongan yang diberikan dalam menerbitkan buku ini. Sumbangan Yang
Berhormat dalam berkongsi gambar dan album mereka sangatlah disanjungi dan dihargai.

Seterusnya kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Setiausaha
Kerajaan Negeri Sarawak yang memberi sokongan, komitmen yang tinggi dan galakan yang berterusan dalam penyedia-
an buku ini. Kami juga mengucapan jutaan terima kasih kepada Ybhg. Datu Len Talif, Pengurus Besar PUSAKA kerana
menyediakan kemudahan helikopter bagi penggambaran udara.

Masalah dalam mengumpul gambar-gambar lama (hitam putih) selepas tahun 1960-an telah banyak diselesaikan
oleh Encik Resat Salleh, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak (JPMS), Cik Khadijah Ahmad dari jabatan yang
sama juga telah banyak membantu. Kebanyakan gambar hitam putih yang dimuatkan dalam buku ini merupakan ehsan
dari JPMS. Selain itu, ada sebilangan gambar hitam putih yang disumbangkan individu di Bahagian Mukah. Tidak lupa
juga kami ucapkan terima kasih kepada jurugambar-jurugambar pada tahun 1960-an hingga sekarang. Kepada Encik
Adli Kiprawi, keberanian beliau dalam mengambil gambar udara cukup mengkagumkan. Terima kasih juga kepada Dr.
Kamil Salem dan Encik Adli Kiprawi yang banyak menyumbang gambar baru. Ucapan ribuan terima kasih juga diberikan
kepada penduduk kampung yang membekalkan gambar-gambar lama serta semua pihak yang wajah mereka terakam
dalam buku ini.

Penerbitan ini juga usaha berpasukan. Penyumbang utama ialah jurugambar dan Pengarah Kreatif, Dr. Kamil Salem
yang telah mengambil gambar yang bermutu tinggi dan memberi panduan mengenai buku ini. Ketua Pereka Bentuk,
Encik Alfean Aziz yang begitu komited, Encik Khairul Nizam bin Morshidi yang memastikan kualiti gambar yang tinggi dan
penyimpanan rekod gambar yang sistematik. Segala kerja keras dalam menghasilkan naskah khas ini oleh kakitangan
Pejabat Residen dan Daerah di Bahagian Mukah telah banyak memberi pengalaman yang cukup berharga.

Akhir sekali, rakaman penghargaan dan terima kasih kami tujukan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan
gambar, tenaga, wajah dan bahan-bahan relevan yang tidak dapat kami sebutkan nama mereka satu persatu dalam
penerbitan buku ini.
Sekumpulan kakitangan kerajaan bersama dengan
penduduk kampung sedang meninjau pembinaan
Jambatan Daro, 1965.

16 17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22