Page 3 - Buletin ARCA edisi 7
P. 3
Amanat....
Encik Jumastapha Bin Lamat
Akauntan Negeri Sarawak
Kata Pemangkin dari
Akauntan Negeri Sarawak
A ssalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia
dan Salam Satu Perbendaharaan. Terlebih dahulu kesempatan ini diambil untuk
mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi yang diketuai oleh Encik Raca Mulong
atas kejayaan penerbitan Majalan ARCA yang ke-7. Ini merupakan manifesto kepada usaha gigih
dan kerjasama berpasukan yang mantap mereka untuk penerbitan kali ini. Usaha untuk
menerbitkan majalah ARCA merupakan satu langkah yang bijak dan perlu diteruskan kerana
majalah ini merupakan satu dokumentasi perjalanan aktiviti-aktiviti dan kecemerlangan yang
telah dicapai Jabatan kita. Saya berharap dengan penerbitan ini menjadi titik tolak kepada warga
Perbendaharaan untuk terus mengorak langkah memartabatkan Jabatan Perbendaharaan Negeri
Sarawak ke tahap yang lebih membanggakan seperti di tahun-tahun lalu.
Alhamdulillah kita telah diiktiraf dengan banyak tropi dan sijil pada tahun 2012. Ini
bermakna usaha murni warga Perbendaharaan selama ini bukan sekadar mencari kemenangan
dalam apa jua pertandingan yang kita ambil bahagian, tetapi yang lebih penting ialah ‘output’
daripada projek-projek ini adalah praktikal dan menambah daya efisien pejabat kita.
Tahun 2013 sekali lagi menyediakan peluang untuk kita menggapai impian untuk
mengeluarkan hasil-hasil yang mampu mengharum nama Jabatan kita. Beberapa rancangan
dan projek telah disenaraikan dan akan dilaksanakan. Pegawai-pegawai Kanan kita sudah diberi
tugas dan tanggungjawab khas untuk melaksanakan Inisiatif Kualiti seperti Balanced Scorecard
(BSC), Employee Suggestion Scheme (ESS), 6P’s, Quality Improvement Team (QIT), 5S, Kumpulan
Inovatif Kreatif (KIK), Website, Intranet dan sebagainya.
Buletin JPNS arca 3