Page 85 - Samarahan_Book
P. 85
DAERAH SAMARAHAN
1
2 4
3
1. Sesi berdialog antara pemimpin, pegawai dan petani di Kpg Muara Tu-
ang pada 1966. Pertanian moden yang diperkenalkan melalui perbin-
cangan bersama-sama rakyat hanya diadakan di luar berhampiran
kawasan kebun pisang memandangkan tiada kemudahan komuniti
seperti balai raya pada masa itu.
2. Sesi ‘berandau’ YB Sharifah Mordiah Tunku Fauzi bersama masyarakat
kampung semasa kunjungan beliau bagi merasmikan pameran hasil
kraftangan wanita di Kpg. Pinang pada 1987.
3. Majlis perjumpaan bersama pemimpin yang diselitkan dengan ak-
tiviti kebudayaan untuk mera patkan hubungan sesama penduduk dan
pemimpin di Kpg. Muara Tuang, 1969. Dengan memandangkan tiada
kemudahan balai raya pada masa itu, majlis perjumpaan dan aktiviti
kebudayaan hanya diadakan di bawah khemah pondok yang bertiang
kayu hasil binaan orang kampung secara bergotong-royong.
4. Perasmian kelab kemasyarakatan oleh YB Abang Ikhwan Zaini di Kpg.
Endap pada 1989. Pada masa itu, balai raya seperti rumah kayu tanpa
dinding yang bertiang tinggi dijadikan tempat untuk mengadakan ak-
tiviti kemasyarakatan di dalam kampung. Struktur bertiang tinggi ada-
lah untuk menghalang dinaiki air memandangkan Kpg. Endap merupa-
kan kampung yang sering dilanda banjir.
5. Majlis perjumpaan pemimpin bersama rakyat di Kpg. Muara Tuang
pada 1969. Selain tiada kemudahan balai raya, kemudahan asas lain
seperti bekalan elektrik juga tiada. Pada masa itu mereka hanya meng-
gunakan cahaya lampu minyak tanah dalam majlis yang diadakan pada
waktu malam.
5
85