Page 35 - Samarahan_Book
P. 35
DARI KAMPUNG TERPENCIL KE DESA ILMU
A pabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963, Sarawak
merupakan sebuah negeri yang sangat mundur. Seratus tahun di bawah penjaja-
han Britain tidak membawa kemajuan, sebaliknya sebahagian besar penduduk di
negeri Sarawak adalah sangat daif. Bagaimanapun semenjak kemerdekaan pada tahun
1963 dalam Malaysia dan berkat pemimpin yang jujur dan rakyat yang merdeka, pe-
rubahan telah melihatkan kemajuan dan pembangunan yang sangat ketara dari tahun
ke tahun.
Bahagian Samarahan, walaupun dekat dengan Bandar Kuching, tidak berbeza de-
ngan kebanyakan daerah-daerah luar bandar yang terpencil miskin dan mundur. Sungai
Samarahan dan Batang Sadong adalah penghubung utama ke bandar Kuching.Kemiski-
nan ini terpampang pada rumah kampung dan rumah panjang yang beratap daun nipah,
dinding kajang dan lantai buluh. Sumber pendapatan hanya sebagai nelayan, petani dan
pekebun kelapa secara adanya sahaja. Jalan keluar ke tempat lain hanya melalui sungai
dan laut ke Kuching yang mempunyai banyak penghalang seperti hujan ribut, pasang-
surut air sungai dan laut.
Pada tahun 1970 rakyat di Samarahan telah memilih Encik Abdul Taib Mahmd,
calon Parti Bumiputera, sebagai Ahli Parlimen yang kemudian dilantik menjadi Timbalan
Menteri dan kemudian menteri penuh sehingga tahun 1981. Pada tahun itu Y.B Datuk
Taib Mahmud telah dilantik menjadi Ketua Menteri, Sarawak.Penduduk Samarahan ber-
nasib baik mempunyai seorang wakil rakyat yang bukan saja terpelajar tetapi juga se-
orang pemimpin yang berjiwa rakyat. Hanya pemimpin sejati dan berjiwa rakyat sanggup
melalu ranjau di sepanjang jalan sebagai wakil rakyat.
KIRI: YB Encik Taib Mahmud melawat Kampung Nonok Laut, 1978.
1. Melawat ke Kampung Tanjung Bundong, 1960-an.
1
35