Page 217 - Samarahan_Book
P. 217
DAERAH SERIAN






























6 Foto: Dr Sulaiman Husaini. 9 Foto: Dr Kamil Salem.






























7 Foto: Dr Sulaiman Husaini. 10 Foto: Dr Kamil Salem. 11 Foto: Dr Kamil Salem.
Kegiatan ekonomi semakin pesat membangun dengan pembukaan ladang teh,
ladang-ladang kelapa sawit, sawah padi dan lada hitam dengan adanya kerjasama
pihak kerajaan, pihak swasta seperti SALCRA, FELCRA serta pemaju-pemaju lain yang
berkaitan dengan industri perladangan dan penduduk tempatan yang terus bersaing
dalam menjanakan ekonomi negara. Pembukaan tanah-tanah terbiar selama ini telah
memberi impak kepada sosio-ekonomi penduduk tempatan dari segi peluang pekerjaan
dan menambah pendapatan. Ini juga secara tidak langsung menyediakan kemudahan in-
frastruktur seperti jalan. Pelbagai kilang memproses produk berasaskan pertanian telah
didirikan seperti kilang kelapa sawit dan kilang teh. Selain itu, banyak penduduk terlibat
dengan penanaman pokok durian yang menjadi buah kebangaan penduduk Daerah Se-
rian sehingga menjadi tanda simbolik pekan Serian.

1. Penanaman kelapa sawit secara komersial semakin popular di daerah Serian.
2. Penglibatan SALCRA turut merancakkan industri penanaman kelapa sawit.
3. Ladang Kelapa Sawit SALCRA di Mongkos.
4. Timbunan buah Kelapa sawit sebelum diproses.
5. Di dalam kilang Pemerosesan Kelapa Sawit di Mongkos.
6. Pengusaha lada hitam sibuk mengerjakan ladanya.
7. Kilang memproses teh di Kampung Mayang, Serian.
8. Penanaman padi paya turut dilakukan oleh penduduk di kawasan Bunan.
9. Daerah Serian turut terkenal dengan tehnya.
10. Buah durian amat popular di kalangan penduduk daerah Serian.
11. Seorang pekerja teh sedang memetik daun teh di Kpg. Mayang, Serian.
8 Foto: Dr Sulaiman Husaini.
217
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222