Page 193 - Samarahan_Book
P. 193
DAERAH SERIAN






























7






























8 9
Pada awal tahun 1960-an, aktiviti pertanian yang dijalankan berupa sawah padi,
padi bukit, menoreh getah dan berkebun lada. Kerajaan telah menumbuhkan Stesen
Pertanian Tarat untuk menjalankan pelbagai jenis penyelidikan pertanian. Stesen ini juga
membekalkan benih pertanian kepada penduduk tempatan. Pada sekitar akhir tahun
1970-an, Daerah Serian terkenal dengan Ladang Teh Mayang yang merupakan satu-
satunya pengeluar teh yang pertama di Sarawak. Penduduk juga diperkenalkan dengan
penternakan ikan air tawar sebagai salah satu sumber pendapatan dan protein.

1. Menumbuk padi secara gotong-royong oleh kaum wanita di salah sebuah kampung.
2. Seorang petani sedang memberihkan pokok getah dan diperhatikan oleh beberapa orang
pelawat.
3. Wajah seorang pekebun lada di Kawasan Baki sedang menuai ladanya.
4. Pekerja-pekerja Ladang Teh di Kpg. Mayang Mawang, sedang memetik daun teh.
5. Menuai padi bukit dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.
6. Petani-petani sedang menyemai padi paya di salah sebuah kampung.
7. YB Encik Taib Mahmud bersama-sama dengan para penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian
Tarat.
8. Seorang wanita sedang menjual hasil tanaman sayur-sayuran dari rumah ke rumah untuk menam-
bah pendapatan. Pada masa itu, urusan jual beli hasil tanaman boleh dibuat secara ’barter-trade’.
9. YB Encik Taib mahmud melawat Pusat Penyelidikan Pertanian Tarat.
10. Memproses getah keping di salah sebuah kampung.
11. Salah satu pendapatan penduduk Serian ialah ternakan ikan air tawar.
10 11
193
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198