Page 118 - Samarahan_Book
P. 118
1






















2
Nonok sebagai satu kawasan pentadbiran hanya bermula pada 1 Oktober 1970
sebagai Daerah Kecil di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Kewujudannya adalah
semasa kemuncaknya kegiatan ancaman komunis di Sarawak. Tujuan utama penubu-
han pejabat ini adalah untuk menyakinkan rakyat tentang kehadiran dan komitmen kera-
jaan di tempat yang terpencil disamping mengambil hati dan kepercayaan penduduk se- 3
tempat yang terpengaruh dengan dakyah komunis. Kewujudan pentadbiran merupakan
detik pembangunan Nonok. Pekan Nonok dan pusat pentadbiran Nonok (1) merupakan
mercu tanda pembangunan awal daerah kecil ini. Pejabat pertama pentadbiran yang
dikenali sebagai kubu Sambir (2) terletak di kampong Sambir yang merupakan tempat
persinggahan utama pada masa itu.Namun begitu sejarah hitam semenanjung Nonok
yang diancam oleh komunis menyebabkan pusat pentadbiran iaitu Pejabat Daerah (3)
telah berpindah ke Kampung Melayu Nonok. Sejak itu, kerajaan telah memfokuskan
kemajuan kampung sekitar disamping meningkatkan kemudahan keselamatan. Nonok
telah berubah menjadi pekan yang sibuk dengan aktiviti ekonomi,perhubungan,sosial,
pusat persinggahan dan menjadi fokus pembangunan. Bangunan Kedai Pekan Nonok
(4) yang diperbuat dari atap nipah berdinding papan menjadi tumpuan masyarakat set-
empat untuk mendapat segala keperluan harian.



1. Pemandangan udara Pekan Nonok, Pejabat Daerah Kecil Nonok dan bangunan kuarters
kerajaan,1970
2. Murid-murid sekolah bergambar beramai-ramai di hadapan Kubu Sambir yang menjadi pusat
pentadbiran di bawah pemerintahan koloni awal 1960. Bendera Union Jack berkibar di hadapan
bangunan.
3. Pejabat Daerah Kecil Nonok,1972 yang terletak di Kampung Nonok Ulu. Pejabat ini menjadi tum-
puan rakyat dalam pelbagai urusan.
4. Bangunan kedai kayu Pasar Nonok,1970-an yang merupakan pusat tumpuan bagi penduduk dari
kampung-kampung berhampiran untuk mendapatkan keperluan harian.
4
118
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123