Page 4 - Limbang_Book
P. 4
Dahulu Terasing Kini Terjalin
Bahagian Limbang




Konsep Kulit Depan

Dahulu Terasing kerana sejarah; bukan saja dengan
seluruh negeri Sarawak tetapi di antara dua daerah yang
ada dalam Bahagian ini, iaitu Daerah Limbang dan
Daerah Lawas. Keterasingan ini bukan juga hanya
dalam bentuk fizikal dipisahkan oleh dua wilayah
Negara Brunei Darussalam tetapi juga dalam bentuk
budaya penduduknya.

Kini Terjalin dalam berbagai bentuk. Keterasingan dari
segi fizikal telah dilenyapkan dengan dengan kegigihan
para pemimpin dan perintis yang membawa hasrat
penduduk dan para pemimpin negeri dan negara yang
mendengarnya dan meluluskan berbagai pembangunan
fizikal dan insan. Dahulu melalui sungai dan laut, kini
terjalin dengan jalan raya dan kapal terbang; dahulu
radio, kini telefon bimbit dan internet. Kini anak
Daerah Limbang dan Daerah Lawas terjalin dengan
dunia kemajuan di peringkat Negeri, Negara dan Dunia.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9