Page 5 - Berita_peladang_2_2016
P. 5
ikan emPurau, kamPung Taee, serian




Perusahaan bernilai tinggi sambil didukung oleh penglibatan keluarga memberi satu
kepuasan terhadap daya usaha yang mantap. Pn Puri ak Johan bersama-sama keluarga
yang menjalankan penternakan ikan empurau di dalam tangki semenjak tahun 2006
lagi, kini atas usaha tersebut perusahaan telah menjadi kenyataan. Berkat usaha gigih
semenjak bertahun-tahun perkembangan ternakan ikan empuraunya kini menjadi salah
satu daripada pengeluar ikan empurau hidup dan anak ikan empurau yang berjaya
di Daerah Serian. Bertahun-tahun menjalankan penyelidikan sendiri kini beliau boleh
berbangga kerana projek yang diusahakannya telah mendatangkan hasil. Dari semasa
ke semasa ada juga teknologi baru dihasilkan oleh mereka dalam memperkembangkan
serta memperluaskan perusahaan sehingga ke pasaran ikan empurau. Kini pasaran ikan
empurau hidup miliknya telah berada di setiap pelosok tempat ternama seperti Genting
Highland serta restoran di Negeri Johor. Setiap pesanan dan permintaan sedia dipenuhi
memandangkan mereka mempunyai bekalan yang dapat menampung permintaan.



Bagi sesiapa yang berminat untuk menternak ikan empurau harga yang ditawarkan lebih
berpatutan mengikut saiznya:

Per. Saiz anak Ikan Kadar Per. Berat Ikan Hidup Kadar
Empurau Harga(RM) Harga(RM)
1 1 Inci RM5.00 1 1.500 kg RM350.00
2 3 Inci RM15.00 2 2.000 kg RM600.00

3 Lebih 8 inci RM80.00 3 4.000 kg RM700.00



















Pn Puri (empat dari kiri) bersama Salah seorang dari anak beliau sedang
keluarga merakan gambar di hadapan memberikan makanan di tangki
tangki simpanan ternakan empuraunya. simpanan ikan empurau yang baru
berusia dua tahun.



Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan segala sumber yang tersebut diatas
bolehlah menghubungi :
PUAN PURI ANAK JOHAN

Alamat: Lot No 150, Labak Kiriup, Kampung Taee, KM 6, Jalan Baki-Ri-ih, Serian.




5 BERITA PELADANG JABATAN PERTANIAN SARAWAK
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10