Malaysia Rumahku yang Kedua

Program Malaysia Rumahku yang Kedua ialah program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sejak tahun 2002 daripada program yang dijenamakan semula untuk menggantikan Program Silver Hair. Kini Malaysia dapat menarik orang asing bukan sahaja untuk tinggal lebih lama, tetapi membolehkan mereka memilih Malaysia sebagai tapak untuk mereka mengendalikan perniagaan mereka di seberang laut, mendidik anak mereka, dan tempat untuk bersara atau separa bersara. Di Sarawak, Program Malaysia Rumahku yang Kedua, beberapa insentif ditawarkan seperti pembelian rumah dan kereta, pengecualian cukai dan pendidikan untuk menarik orang asing ke Negeri yang indah nan permai ini.