Ke Sana Sini

Bandar raya dan bandar utama di negeri Sarawak dihubungkan dengan laut, jalan darat dan udara. Hampir semua kampung dan bandar di pesisir pantai dan di tepi sungai mempunyai jeti atau tempat berlabuh yang memudahkan perjalanan. Negeri Sarawak juga sedia mempunyai pelabuhan dan lapangan terbang yang moden yang lengkap dengan kemudahan untuk perhubungan antarabangsa dan perhubungan dalam negeri. Lapangan terbang antarabangsa di Kuching dan Miri menjadi pintu masuk ke wilayah selatan dan wilayah utara negeri Sarawak. Sistem rangkaian jalan raya menghubungkan semua bandar utama di negeri Sarawak serta juga kampung-kampung dan rumah-rumah panjang.