Melawat Negeri Sarawak

Negeri Sarawak menawarkan tarikan yang banyak kepada pelawat. Pertama, negeri Sarawak berupa satu daripada wilayah yang paling maju di Pulau Borneo, pulau yang ketiga terbesar di dunia, yang dikongsikan oleh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sebagai negeri yang terbesar di Malaysia, negeri Sarawak membentuk 37.5 % daripada jumlah kawasan negara ini. Menjadi tempat mastautin untuk 27 kumpulan etnik bumiputera yang masing-masingnya mempunyai bahasa, budaya dan cara hidup yang tersendiri, negeri Sarawak ialah titik pertembungan integrasi bangsa. Dikurniakan dengan ekosistem yang paling kaya dan pelbagai di dunia, kanopi hutan hujan purba negeri Sarawak mempunyai spesis bunga yang terbesar di dunia, iaitu Rafflasia, dan spesis hidupan tumbuh-tumbuhan yang paling jarang ditemukan termasuk pelbagai jenis periuk kera dan orkid. Negeri Sarawak juga menjadi tempat tinggal orang hutan dan orang belanda( monyet probosis).

Akronim CAN (Culture, Adventure dan Nature ) menjelaskan alam Sarawak iaitu Budaya, Kembara dan Alam semula jadi. Daripada budaya moden di Bandar-bandar Raya kepada budaya arkaik di pedalaman Sarawak, penduduknya menyambut perayaan tradisional masyarakat Cina dan perayaan keagamaan masyarakat Melayu dan ritual dan pelbagai Gawai Dayak. Warisan Sarawak yang kaya meluas dari alam liar rimba ke dunia bawah air yang tersohor yang menggambarkan batu karang yang tidak pernah tersentuh – kebitaraan pengalaman yang sangat dihargai oleh pengunjung-pengunjung dari seluruh dunia. Dengan menjelajah ke kawasan pedalaman Sarawak, keghairahan kita semakin meningkat apabila kepesonaan dan ketakjuban alam terungkai.