Eksekutif
Dengan Ketua Menteri sebagai ketua, cawangan eksekutif Dewan Undangan Negeri ini merancang, melaksanakan dan mentadbirkan semua dasar dan projek negeri. Ketua Menteri dibantu oleh Kabinet yang terdiri daripada Menteri-menteri dan agensi-agensi Kerajaan negeri. Pada masa ini Sarawak mempunyai 11 buah kementerian. Tiap-tiap Menteri Kabinet mungkin memegang lebih daripada satu portfolio,seorang Menteri Muda dan seorang Setiausaha Tetap yang bertindak sebagai Ketua Pentadbir dalam kementeriannya.

Dengar Teks Ini