Kerajaan Negeri Sarawak
Dewan Undangan Negeri Sarawak, badan penggubal undang-undang yang tertua di Malaysia, telah diwujudkan selepas mesyuarat pertamanya di Bintulu pada 8 September 1867. Kumpulan pertama dua puluh satu orang ahli Majlis Umum Sarawak yang diketuai Raja Charles Brooke turut terdiri daripada 6 orang pegawai Brooke dan 16 orang ketua masyarakat tempatan. Dalam tahun 1903, Majlis Umum ini dinamakan semula sebagai Majlis Negeri.
Sebelum perang tercetus dalam tahun 1941, putera Brooke, Vyner mewujudkan perlembagaan bertulis yang dinamakan Peraturan Perlembagaan dalam Majlis semasa perayaan ulang tahun ke-100 Pemerintahan Brooke di Sarawak. Dengan hal yang demikian, keahlian Majlis Negeri dinaikkan menjadi 24 orang. Tempat Raja digantikan oleh Ketua Setiausaha mempengerusikan mesyuarat Majlis Negeri. Dalam tahun 1963, keahlian Majlis Negeri dinaikkan menjadi 42 orang. Sejak itu, keahiannya meningkat kepada 48 orang pada tahun 1968, 56 orang dalam tahun 1989, 62 orang dalam tahun 1996 dan 71 orang dalam tahun 2006. Dalam tahun 1976, Majlis Negeri dinamakan semula sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dengar Teks Ini