Berita

< Back to article list

Projek Agropolitan Batang Lupar Antara Yang Terbaik di Malaysia

2012 September 5

 

UNTUK JKKK: Rohani (kanan) menyampaikan set komputer dan pencetak kepada Mohd Salleh (kiri) sambil diperhatikan oleh Mohd Khalid (tengah), Mohd Elffizan (dua kanan) serta yang lain semasa berlangsungnya majlis berkenaan kelmarin.

SRI AMAN: Projek Agropolitan Batang Lupar yang terletak di Penempatan Baharu Seduku dekat Lingga antara yang terbaik di Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.

Menurutnya, sejak bermulanya projek berkenaan pada 2010, kawasan Projek Agropolitan Batang Lupar telah membangun dengan pesatnya.

“Kita sendiri dapat melihat di kawasan ini sudah ada penempatan baharu di mana penduduk yang sebelum ini tinggal di kawasan seberang iaitu Pulau Seduku telah berjaya dipindahkan ke kawasan agropilitan ini.

“Bukan setakat itu sahaja, pembangunan lain yang telah kita lihat di kawasan ini, terdapat Projek Ladang Sejahtera iaitu ladang kelapa sawit di kawasan ini juga telah diwujudkan dan akan membuah-kan hasilnya sedikit masa lagi iaitu hasil usaha sama penduduk Penempatan Baharu Seduku dengan pihak FELCRA,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap me-rasmikan Majlis Ramah-ta-mah Hari Raya Aidilfitri 2012 anjuran FELCRA Berhad Kawasan Batang Lupar di Pe-nempatan Baharu Seduku, Projek Agropolitan Batang Lupar dekat Sri Aman kelmarin.

Katanya dengan wujudnya kawasan penempatan baharu serta ladang sejahtera terdapat pembangunan lain yang telah dilaksanakan di kawa-san ini termasuk sebuah bangunan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

“Projek-projek lain yang sedang dalam perlaksanaan di kawasan penempatan baharu ini termasuk dewan serba guna, surau, padang serta sekolah rendah yang masih di kawasan seberang iaitu Pulau Seduku yang kini masih dalam proses berpindah ke kawasan penempatan baharu ini.

“Sebenarnya, kewujudan semua projek yang telah dilaksanakan dan sedang dalam pelaksanaan itu merupakan penyebab kepada Projek Agropolitan Batang Lupar ini yang terbaik di Malaysia.

“Tambahnya dengan ada-nya projek yang ada ini, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf kehidu-pan penduduk disini,” kata-nya.

Dalam pada itu Rohani menambah, terdapat empat projek agropolitan yang turut dilaksanakan di seluruh Malaysia iaitu di Pahang, Pulau Bangi di Sabah, Pulau Seduku di Batang Lupar dan di Pulau Bruit,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Ketua Bahagian Khidmat FELCRA Berhad Wilayah Sarawak Mohd Khalid Matnor, Pegawai Tadbir Sarawak di daerah kecil Lingga Mohd Elffizan Paukan, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga Bakthiar Mathan, Penghulu Jamahari Edi dan Ketua Kampung Penempatan Baru Seduku Mohd Salleh Jon.

Pada majlis yang sama, Rohani turut menyampaikan sumbangan komputer dan pencetak kepada JKKK Penempatan Baru Seduku daripada FELCRA Berhad, Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal, penyampaian hadiah raya untuk pertandingan keceriaan kampung serta program ternakan ayam oleh penduduk Seduku dan penyerahan Jalur Gemilang kepada penduduk Seduku.

Dalam pada itu, Rohani turut menyampaikan sumbangan FELCRA berjumlah RM 2,000 kepada Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman.

(Sumber : Utusan Borneo Online, 5 September 2012)